online stats I'm MOhd FaIzal biN ZaKaria...

Saturday, December 5, 2009

Draw FIFA 2010

Group A: South Africa, Mexico, Uruguay, France

Group B: Argentina, Nigeria, South Korea, Greece

Group C: England, USA, Algeria, Slovenia

Group D: Germany, Australia, Serbia, Ghana

Group E: Netherlands, Denmark, Japan, Cameroon

Group F: Italy, Paraguay, New Zealand, Slovakia

Group G: Brazil, North Korea, Ivory Coast, Portugal

Group H: Spain, Switzerland, Honduras, Chile

Aku sokong England...

Thursday, December 3, 2009

Banjir oh Banjir..






Tanggal 2 hb 12...rumah aku banjir...naik air smpai dalam rumah...catat sejarah...hahaha.

Tuesday, December 1, 2009

Happy Birthday Nurul Fazila BT Zakaria..








Selamat hari lahir ke 5 adik...abe long doa adik panjang umur dan dimurahkan rezeki...
jom gi mc d...

Monday, November 30, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha...






Selamat Hari Raya aku ucapkan kepada semua kawn2,guru2 dan yg kenali aku...raya pertama aku kat rumah je...raya ke dua aku jalan2 rumh ayah saudara alik abah kat kubang kerian..raya ke tiga melawat rmh ayah saudara alik ma kat jeli..pada raya ke 4 aku akan beraya ke rumah ezat...moga dapat jumpa kawan2...

satu lagi pada 18hb ni sape2 yg dapt dtg,dtg la..bukan reunion...sekadar jumpa2 je...tahu dah ramai xleh datg...tp sape2 yg dapat dtg,dtg la...aku insyaAllah datang...K,Akum...

Thursday, November 26, 2009

Perkhemahan Tahunan PBSM USM Di Kem PLKN SYRUZ Bukit Mertajam Pulau Pinang

Tgh keringkan pakaian
Lepas Kawad
Sebelum Raptai Kawad
Time Latihan Bencana Alam
Di Dorm Lelaki
Time kawad kaki...
Time mula sampai...sedih..

Di Tasik tempat bermain kayak

21 NOV 2009

Aku bertolak dari cahaya gemilang pada pukul 7 pagi. Belum smpai kat padang kawad dah ada org mintak tolong angkat beg nya..rupa2nya exco PBSM..Sesudah smpai kat padang kawad,aku mendaftar diri dan diberi baju dan makanan..slepas itu aku mendapt tahu aku kumpulan 7 dan hanya 2 org je laki kumpulan aku dari 10 peserta…lelaki melayu aku je..yg sorang lagi cina..wong nama nya..

Aku pn bertolak..dan apabla smpai,aku ditaklimatkan oleh ketua kem di situ..dorm dibahagikan tetapi dorm lelaki hanya ada 1 dorm shaja disbbkn sedikit je lelaki.huhu..LDK 1 diberikan taklimat mengenai Bencana Alam..LDK 2 ialah untuk mereka visi dan misi dan bendera kumpulan.kumplan aku diberi nama KEJUTAN ELEKTRIK.Pada setiap pukul 5.30 – 6.30 ptg aku berlatih kawad untuk pertndigan kawad kaki pada hari akhir..Pada malam nya kmpulan aku membentangkan visi dan misi dan lambing dan bendera kumpulan aku…Pastu aku pn tdo..pukul 1 pagi lebih aku dikejutkan degn siren..rupa2nya ada latihan bencana alam..aku ditugaskan menjadi pengangkat org sakit..huhu..pastu aku berjaga untuk sentry aku pkul 3-4pgi..

22 NOV 2009

Bgun pukul 5.30…sesudah slat subuh dan senaman pagi,Aktiviti outdoor ialah Merempuh halangan..mcm PLKN buat tu…BEST..aku pass semua..ada yg xpass tp seronok la..mirol hebat jgk…pastu ptg LDK 3 ada aktiviti kompas giler…mcm amazing race…pastu diteruskan dgn kawad…pada malamnya LDK 4 aku membentangkan satu jwapan kepada soalan yg diberikan…dan pada pkul 11 sebenarnya ada jalan malam tetapi dibatalkan…

23 NOV 2009

Bgun 5.30…pagi tu ada Water confident bermain air dan kayak..best la jgak…ni kali kedua aku naik kayak..yg pertama time kesatria di UDM…pada petgnya LDK 5 aktiviti uji minda je dan berlatih untuk persembahan malam ni..malam terakhir..pastu dalam tgh bincang,ada plak Bencana Alam..kali ni aku jd pengangkat mangsa jgk…mujur xjd first aider dgn second aider…silap buat hancus,,,pastu aku kawad lagi…

Pada malam nya, ada BBQ dan persembahan…aku jd bapa kepada mangsa kejutan elektrik..pastu diteruskan dgn raptai kawad untuk esk…malam2 kawad jgk…

24 NOV 2009

Hari last bgun lewat pukul 6…ada raptai terakhir kawad dan pastu pertandingan kawad…VAD aku dpat tempat ke 2..berbeza 1 mata je dgn VAD 6…TERTEKAN AKU…Pastu perasmian penutup oleh Pengarah ko kurikulum USM dan pengerusi PBSM dan pembahagian sijil2..

Pastu makan dan pulang…..

-mula2 lama tp pastu rasa kejap je…

-makanan best..mewah sgt..


Friday, November 20, 2009

MediaFire Is Back...


Hari ini aku mendapat khabar gmbira kerana media fire sudah x kena block dah...aku dapat download semula....hahaha

Thank USM...

Tuesday, November 17, 2009

HE? NO....SHE 101 (HUBUNGAN ETNIK)




Hari ni aku menjawab soalan she dgn relax krana abcde...ni hari last aku periksa sem 1 di USM tp xrasa mcm happy disebabkan aku kena khemah PBSM 21hb ni..dah la 4hari 3malam..tertekan aku...Untuk amin, good luck untuk exam Mate Diskret...ingat tu..berjuang habis habisan..

Disamping tu aku sedih dengan fiza yg akn pulang malam ni ke terengganu..dia xpergi khemah disebabkan mak dia berada di hospital sultanah zahirah sekarang ni..sama2 kita doakan agar mak fiza cepat sembuh..

Untuk pengetahuan jgk,datuk fadhil baru saja meninggal dunia..takziah kepada keluarga Fadhil...Al Fatihah..

Akhir sekali,aku isytihar perang terhadap rinda man(megumi @ pelakon sexy jepun@korea) marilah sama2 kita menentang anasir-anasir yg menyerabutkan didunia ini..HAPUSKAN PENYERABUT BLOG...

Friday, November 13, 2009

MediaFire Sudah Di Blocked...

Hari ni aku menerima tamparan hebat sekali lagi apabila MediaFire sudah diblocked di USM yg tercinta ini..Jd secara langsung aku tidak dapat mendownload banyak cerita..Antaranya Heroes,Eastweak,Lie To Me dan movie terbaru yang menggunakan link MediaFire..

Time baru masuk USM dulu aku dikejutkan dengan laman web naruto di block..aku heran kenapa naruto pun diblocked...Bleach boleh plak..

Antara yg sudahpun diblock..

Youtube
Naruto
MediaFire
Megaupload
Rapidshare
Porno..

Tu yg setakat aku tahu la...Hari sedih bagi aku..

Wednesday, November 11, 2009

Dua langkah lonjak IT

Muka Depan Utusan Malaysia 11 Nov 2009

DALAM usaha menyediakan komponen teknologi utama kepada rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menekankan dua langkah:

  • Terus mengukuhkan infrastruktur komunikasi negara yang canggih menghubungkan 1.2 juta isi rumah dan premis perniagaan menggunakan gentian optik.

    Jaringan jalur lebar berkelajuan tinggi itu akan membolehkan mereka disambungkan dengan Internet berkelajuan tinggi antara 10 megabait sesaat hingga 1 gigabait sesaat.

  • Merancang mewujudkan sebuah pusat praktikal teknologi maklumat (IT) mirip model pusat perisian Infosys ternama di Bangalore, India. Melalui pusat ini, siswazah lepasan IT dapat mengikuti latihan kemahiran tinggi sebelum menceburi bidang pekerjaan dengan gaji lumayan.
  • PUTRAJAYA 10 Nov. – Malaysia sedang merancang untuk mewujudkan sebuah pusat praktikal teknologi maklumat (IT) mirip model pusat perisian Infosys ternama di Bangalore, India.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, menerusi pusat berkenaan, para siswazah lepasan IT akan mengikuti kemahiran tinggi di situ sebelum menceburi bidang pekerjaan dengan gaji lumayan.

    Pusat yang sedang kita rancang ini seakan-akan mirip model Infosys di Bangalore.

    “Para siswazah (IT) kita pergi mengikuti latihan praktikal di pusat ini sebelum terjun ke dunia pekerjaan dengan gaji lumayan.

    “Kita akan mulakan dengan mendirikannya di satu lokasi yang akan dikenal pasti,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

    Pengasas Infosys Technology Ltd, N.R. Narayana Murthy yang juga anggota IAP MSC Malaysia memulakan syarikatnya di India pada 1981 dengan modal RM865 (AS$250) dan menukarkannya menjadi sebuah syarikat teknologi maklumat dan perundingan berbilion-bilion dolar.

    Infosys di bawah Murthy merupakan satu kisah kejayaan klasik India dengan pendapatan tahunan bagi tahun kewangan 2007 melebihi RM10.72 bilion (AS$3.1 bilion) dan permodalan pasaran sebanyak RM103.8 bilion (AS$30 bilion), menjadikannya salah sebuah syarikat IT terbesar di India.

    Syarikat-syarikat IT India berupaya mewujudkan 11.3 juta pekerjaan setahun dan ini sukar ditandingi, malah oleh satu lagi kuasa ekonomi saingannya, China sekalipun.

    Bangalore, ibu negeri Karnataka dirujuk sebagai Lembah Silikon India dan merupakan 35 peratus daripada eksport perisian India.

    Alahai.....CPT 113 @ Programming Methodology & Data Structure

    Lihat baik2...Baju baru fizai tu..beli kat Queensbay tuuu..
    Baju aku baju lama dah...
    Mirol dan amin sedang hafal coding...

    Entah berbaloi ke x aku study dan hafal...tp soalan pyoh mcm bapok...soalan 3 je memang dpt buat..1 dan 2 pakai hentam jah...tp xbaik cakap xberbaloi..ilmu tu...tp just nk lepaskan tekanan...aku boleh ungkapkan soalan pertama tu memang S***T....

    ARGHHHHHHH.......Aku berdoa agar dapat C+...

    Untuk lepas tekanan, aku dgn fizai makan Banana Pancake...Amin makan roti telur..Mirol balik terus untuk tnangkan fikiran..