Monday, September 29, 2008

Juruanalisis Sistem Komputer

SINOPSIS
Terdapat peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan, termasuk kejuruteraan diikuti dengan organisasi komersil seperti syarikat perisian, syarikat insurans, bank, institusi kewangan, syarikat minyak, pentadbiran awam. Juga berpeluang dalam jualan, bekerja sendiri dan lapangan pakar runding.

JULAT GAJI
M1,500 - RM3,000

KEPERLUAN KERJAYA
Bacelor Sains Komputer.

DESKRIPSI TUGAS
Mengumpul dan menganalisa fakta tentang operasi, prosedur dan sistem untuk memindahnya kepada bentuk program yang sesuai bagi peralatan prosesan data.
Mengkaji melalui pemerhatian dan membincang dengan semua pihak pekerja untuk menentukan keperluannya mengikut objektif organisasi.
Mencadangkan penggunaan komputer untuk meningkatkan kecekapan produktiviti dan keuntungan organisasi.
Menyediakan spesifikasi program untuk tindakan Pengaturcara Komputer.

CIRI-CIRI PERIBADI
Berminat kepada suasana dan pekerjaan konvensional.
Sukakan kepada tugas-tugas yang terancang terlebih dahulu.
Bekerja mengikut sistem.
Boleh berfikir dengan logik, berinteraksi dengan orang lain.
Kemahiran berkomunikasi, bertutur dan menulis.
Sistematik, analitik dan boleh menyelesaikan masalah.







TAWARAN PROGRAM
Program-program yang disenaraikan di bawah boleh menolong anda mencapai kerjaya ini.

Diploma Teknologi Maklumat (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM))

Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM))

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer - Rangkaian Komputer (Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeMM))

Sarjana Muda Sains Komputer - Pengurusan Sistem dan Rangkaian (Universiti Malaysia Sabah(UMS))

Sarjana Muda Kejuruteraan - Kejuruteraan Komputer (Universiti Malaysia Sabah(UMS))

Sarjana Muda Sains (Kepujian) - Komputer (Universiti Teknologi Mara(UiTM))

Diploma Sains Komputer (Universiti Malaysia Pahang (UMP))

Sarjanamuda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian - Sains Komputer (Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM))

Sarjana Muda Sains Komputer (Universiti Malaya(UM))

Diploma Kejuruteraan Komputer (Universiti Malaysia Perlis (UniMAP))

Bacelor Sains Komputer - Sistem Komputer (Universiti Putra Malaysia(UPM))

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) (Universiti Sains Malaysia (USM))

Sarjana Muda Sains (Sains Komputer ) (Universiti Teknologi Malaysia(UTM))

Sarjana Muda Kejuruteraan (Komputer ) (Universiti Teknologi Malaysia(UTM))

Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian - Sains Komputan (Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS))

Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian - Sistem Maklumat (Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS))

Sarjana Muda Sains dengan Kepujian - Sains Kognitif (Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS))

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM))

No comments:

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme