Monday, September 29, 2008

Jurutera Perisian

SINOPSIS
Terdapat peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan, termasuk kejuruteraan diikuti dengan organisasi komersil seperti syarikat perisian, syarikat insurans, bank, institusi kewangan, syarikat minyak, pentadbiran awam. Juga berpeluang dalam jualan, bekerja sendiri dan lapangan pakar runding.

JULAT GAJI
RM1,500 - RM4,000




KEPERLUAN KERJAYA
Bachelor Komputer Sains (Kejuruteraan Perisian)

DESKRIPSI TUGAS
Mengumpul dan menganalisa fakta tentang operasi, prosedur dan sistem untuk memindahnya kepada bentuk program yang sesuai bagi peralatan prosesan data.
Mengkaji melalui pemerhatian dan membincang dengan semua pihak pekerja untuk menentukan keperluannya mengikut objektif organisasi.
Mencadangkan penggunaan komputer untuk meningkatkan kecekapan produktiviti dan keuntungan organisasi.
Menyediakan spesifikasi program untuk tindakan Pengatur Cara Komputer








CIRI-CIRI PERIBADI
Berminat kepada suasana dan pekerjaan konvensional.
Sukakan kepada tugas-tugas yang terancang terlebih dahulu.
Bekerja mengikut sistem.
Boleh berfikir dengan logik, berinteraksi dengan orang lain.
Kemahiran berkomunikasi, bertutur dan menulis.
Sistematik, analitik dan boleh menyelesaikan masalah.
Suka ikut perintah
Berterus terang
Materialistik
Praktikal
Jujur

TAWARAN PROGRAM
Program-program yang disenaraikan di bawah boleh menolong anda mencapai kerjaya ini.

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik - Kejuruteraan Komputer (Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeMM))

Sarjana Muda Sains Komputer - Kejuruteraan Perisian (Universiti Malaysia Sabah(UMS))

Sarjana Muda Kejuruteraan - Kejuruteraan Komputer (Universiti Malaysia Sabah(UMS))

Sarjana Muda Sains (Kepujian) - Komputer (Universiti Teknologi Mara(UiTM))

Sarjana Muda Sains (Kepujian) - Kejuruteraan Sistem Maklumat (Universiti Teknologi Mara(UiTM))

Sarjana Muda Sains Komputer - Kejuruteraan Perisian (Universiti Malaysia Pahang (UMP))

Sarjana Muda Sains Komputer (Universiti Malaya(UM))

Sarjana Muda Kejuruteraan - Telekomunikasi (Universiti Malaya(UM))

Bacelor Sains Komputer - Kejuruteraan Perisian (Universiti Putra Malaysia(UPM))

Bacelor Kejuruteraan - Sistem Komputer dan Komunikasi (Universiti Putra Malaysia(UPM))

Sarjana Muda Kejuruteraan - Kejuruteraan Komputer (Universiti Malaysia Perlis (UniMAP))

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) (Universiti Sains Malaysia (USM))

Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian - Kejuruteraan Perisian (Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS))

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM))

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan - Komputer & Maklumat (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM))

14 comments:

  1. betul ker bidang ini kurang pasaran kerja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak sama sekali. Malaysia memerlukan seramai yang mungkin Jurutera Perisian yang berwibawa. Kini, semakin banyak sistem komputer yang perlu dibangunkan di seluruh dunia.

      Selain daripada itu, dengan ilmu pengaturcaraan yang baik, anda boleh menjadi freelance dengan upah yang agak lumayan (sekitar 3 hingga 25 ribu).

      Anda juga boleh bekerja di seluruh dunia kerana bahasa pengaturcaraan adalah sama sahaja di mana jua anda berada. Anda boleh kerja di Facebook atau Google dengan gaji yang lebih tinggi daripada CEO di Malaysia!

      Anda juga boleh memulakan startup sendiri dengan menjadi Technopreneur seperti saya.

      Delete
    2. sori saya lambat balas.saya baru manage kembali blog saya..komen akan dtg saya akn balas.tq..

      Delete
  2. Salam, saya still Form 5 tapi saya agak berminat dengan bidang kejuruteraan perisian ini. Walaupun saya bersekolah di SBP dan mengambil subjek sains, saya amat berminat dengan bidang kerja seperti ini.

    Boleh saya tahu, adakah peluang kerjaya dalam bidang ini luas di Malaysia? Ini kerana saya bimbang jika saya mengambil jurusan ini di universiti kelak, timbul pula masalah seperti tiada peluang pekerjaan, kurang permintaan dan sebagainya.

    Jadi, boleh Tuan berikan nasihat dan cadangan kepada saya untuk panduan masa hadapan?

    E-mail: excaliburfay96@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori saya lambat balas.saya baru manage kembali blog saya..komen akan dtg saya akn balas.tq..

      Delete
  3. Technopreneur mcm mana? saya berminat software engineer tp org kata kena kerja sampai lewat malam.betul ke? kalau bekerja sendiri mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori saya lambat balas.saya baru manage kembali blog saya..komen akan dtg saya akn balas.tq..

      Delete
  4. saya dapat kos kejuruteraan perisian utk smbung degree tapi sy tak tau nak terima ke tak...takut kurang peluang pekerjaan..sy tanye cousin sy dia kata ok kos yg sy dpt ni..adakah ia btul2 ok seprti yg dia kata or sbaliknyer??

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori saya lambat balas.saya baru manage kembali blog saya..komen akan dtg saya akn balas.tq..

      xsemstinya..ia terpulang pada kita msing2..

      Delete
  5. Salam bang... Saya nie lepasan diploma sains komputer.. so, skrg sy nk amik kos nie la dkat utm untok wat PJJ degree... sy mmg mnat bwat system nie... Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) kos nie ad kne mngena x dgn develop system... ?

    ReplyDelete
  6. ada..mmg ada kena mgena..kita diajar stage2 nk develp system dgn detail.. cra mangmnt...ada kaitan..jgn bimbang.bgus la kalau berminat.hehe

    ReplyDelete
  7. bang..jurutera perisian nie kje nye buat ape jer

    ReplyDelete

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme