Monday, September 29, 2008

Pembangun Aplikasi

SINOPSIS
Terdapat peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan, termasuk kejuruteraan diikuti dengan organisasi komersil seperti syarikat perisian, syarikat insurans, bank, institusi kewangan, syarikat minyak, pentadbiran awam. Juga berpeluang dalam jualan, bekerja sendiri dan lapangan pakar runding.

JULAT GAJI
RM1,500 - RM3,000

KEPERLUAN KERJAYA
Bachelor Komputer Sains

DESKRIPSI TUGAS
Mengkaji tujuan sesuatu rancangan, pengeluaran yang diperlukan, sumber dan jenis data kemasukan, membuat semakan dalaman dan kawalan yang diperlukan.
Menyediakan carta dan rajah pengaliran kerja serta menyusun langkah untuk penyediaan data dalam operasi pemprosesan komputer.
Menukar carta dan rajah pengaliran kerja menjadi program komputer .
Mengadakan percubaan dengan data sampel untuk menguji program komputer.
Membangunkan aplikasi berasaskan aplikasi web untuk pelanggan.







CIRI-CIRI PERIBADI
Berminat kepada suasana dan pekerjaan konvensional.
Sukakan kepada tugas-tugas yang terancang terlebih dahulu.
Bekerja mengikut sistem.
Boleh berfikir dengan logik, berinteraksi dengan orang lain.
Kemahiran berkomunikasi, bertutur dan menulis.
Sistematik, analitik dan boleh menyelesaikan masalah.

TAWARAN PROGRAM
Program-program yang disenaraikan di bawah boleh menolong anda mencapai kerjaya ini.

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer - Pembangunan Perisian (Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeMM))

Sarjana Muda Sains Komputer - Kejuruteraan Perisian (Universiti Malaysia Sabah(UMS))

Sarjana Muda Sains Komputer - Pengurusan Sistem dan Rangkaian (Universiti Malaysia Sabah(UMS))

Sarjana Muda Teknologi Maklumat - e-Dagang (Universiti Malaysia Sabah(UMS))

Sarjana Muda Sains (Kepujian) - Komputer (Universiti Teknologi Mara(UiTM))

Sarjana Muda Sains Komputer - Kejuruteraan Perisian (Universiti Malaysia Pahang (UMP))

Sarjanamuda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian - Sains Komputer (Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM))

Sarjana Muda Kejuruteraan - Kejuruteraan Komputer (Universiti Malaysia Perlis (UniMAP))

Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) - Penyelidikan Operasi (Universiti Sains Malaysia (USM))

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM))

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM))

No comments:

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme