Monday, September 29, 2008

Pembantu Sokongan Komputer

SINOPSIS
Terdapat peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan, termasuk kejuruteraan diikuti dengan organisasi komersil seperti syarikat perisian, syarikat insurans, bank, institusi kewangan, syarikat minyak, pentadbiran awam. Juga berpeluang dalam jualan, bekerja sendiri dan lapangan pakar runding.

JULAT GAJI
RM1,500 - RM3,000

KEPERLUAN KERJAYA
Diploma dalam bidang pengkomputeran

DESKRIPSI TUGAS
Menentukan keperluan perisian dan perkakasan untuk menyediakan penyelesaian kepada masalah komputer
Menyesuaikan program yang sedia ada untuk memenuhi keperluan pengguna
Menjawab pertanyaan mengenai masalah perisian dan perkakasan
Menjalankan pemasangan perisian dan perkakasan
Mengawasi perkhidmatan teknologi maklumat dan melaksanakan kerja-kerja penyelesaian masalah
Memberikan sokongan teknik kepada pengguna
Memastikan penggunaan dan peralatan digunakan dengan cekap







CIRI-CIRI PERIBADI
Boleh berfikir dengan logik
Suka berinteraksi dengan orang lain
Minat dalam pengkomputeran
Kemahiran logik dan matematik
Analitik dan boleh menyelesaikan masalah.
Minat dalam pengkomputeran

TAWARAN PROGRAM
Program-program yang disenaraikan di bawah boleh menolong anda mencapai kerjaya ini.

Diploma Teknologi Maklumat (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM))

Diploma Sains Komputer (Universiti Malaysia Pahang (UMP))

Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) (Universiti Teknologi Malaysia(UTM))

Diploma Sains Komputer (Multimedia) (Universiti Teknologi Malaysia(UTM))

No comments:

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme