Monday, September 29, 2008

Pengaturcara Komputer

SINOPSIS
Pengaturcara Komputer mengkaji tujuan sesuatu rancangan, pengeluaran yang diperlukan, sumber dan jenis data kemasukan, membuat semakan dalaman dan kawalan yang diperlukan.

JULAT GAJI
RM1,500 - RM3,000

KEPERLUAN KERJAYA
Ijazah dalam bidang pengkomputeran

DESKRIPSI TUGAS
Mengkaji tujuan sesuatu rancangan, pengeluaran yang diperlukan, sumber dan jenis data kemasukan, membuat semakan dalaman dan kawalan yang diperlukan.
Menyediakan carta dan rajah pengaliran kerja serta menyusun langkah untuk penyediaan data dalam operasi pemprosesan komputer.
Menukar carta dan rajah pengaliran kerja menjadi program komputer .
Mengadakan percubaan dengan data sampel untuk menguji program komputer







CIRI-CIRI PERIBADI
Berminat kepada suasana dan pekerjaan konvensional.
Sukakan kepada tugas-tugas yang terancang terlebih dahulu.
Bekerja ikut sistem.
Boleh berfikir dengan logik, berinteraksi dengan orang lain.
Kemahiran berkomunikasi, bertutur dan menulis.,/li>
Sistematik, analitik dan boleh menyelesaikan masalah.
Menyesuaikan diri-mudah ikut.
Cekap.
Cergas.
Praktikal diri.

TAWARAN PROGRAM
Program-program yang disenaraikan di bawah boleh menolong anda mencapai kerjaya ini.

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer - Pembangunan Perisian (Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeMM))

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer - Pengurusan Pangkalan Data (Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeMM))

Sarjana Muda Sains Komputer - Kejuruteraan Perisian (Universiti Malaysia Sabah(UMS))

Sarjana Muda Sains Komputer - Pengurusan Sistem dan Rangkaian (Universiti Malaysia Sabah(UMS))

Sarjana Muda Kejuruteraan - Kejuruteraan Komputer (Universiti Malaysia Sabah(UMS))

Sarjana Muda Sains (Kepujian) - Komputer (Universiti Teknologi Mara(UiTM))

Sarjana Muda Sains (Kepujian) - Teknologi Maklumat (Universiti Teknologi Mara(UiTM))

Sarjana Muda Sains (Kepujian) - Komunikasi Data & Perangkaian (Universiti Teknologi Mara(UiTM))

Diploma Sains Komputer (Universiti Malaysia Pahang (UMP))

Sarjana Muda Sains Komputer - Kejuruteraan Perisian (Universiti Malaysia Pahang (UMP))

Sarjanamuda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian - Sains Komputer (Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM))

Sarjanamuda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian - Sains Maklumat (Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM))

Sarjanamuda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian - Sains dan Pengurusan Sistem (Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM))

Sarjanamuda Kejuruteraan Dengan Kepujian - Kejuruteraan Komunikasi dan Komputer (Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM))

Sarjana Muda Sains Komputer (Universiti Malaya(UM))

Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Universiti Malaya(UM))

Bacelor Sains Komputer - Sistem Komputer (Universiti Putra Malaysia(UPM))

Bacelor Sains Komputer - Kejuruteraan Perisian (Universiti Putra Malaysia(UPM))

Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) (Universiti Teknologi Malaysia(UTM))

Sarjana Muda Kejuruteraan (Komputer ) (Universiti Teknologi Malaysia(UTM))

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian (Universiti Utara Malaysia (UUM))

Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian - Sains Komputan (Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS))

Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian - Sistem Maklumat (Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS))

Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian - Kejuruteraan Perisian (Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS))

Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian - Pengkomputeran Rangkaian (Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS))

Sarjana Muda Sains dengan Kepujian - Sains Kognitif (Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS))

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM))

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM))

3 comments:

  1. Pengaturcara Komputer & Jurutera Perisian ada beza ke ?
    harap tinggalkan pesan kat blog saya. sebab saya mungkin x sedar dah ada org blas msg

    http://wwww.masokis.com

    ReplyDelete
  2. Rasanya sama. Cuma kejuruteraan komputer dengan kejuruteraan perisian adalah berbeza.

    ReplyDelete

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme