Monday, November 17, 2008

10 ikon belia terima Anugerah Felda

PUTRAJAYA: Sepuluh ikon belia menerima anugerah sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap kejayaan dan sumbangan mereka dalam bidang masing-masing.

Mereka ialah jaguh skuasy dunia, Datuk Nicol Ann David, pelayar negara Datuk Azahar Mansur, angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khaleed, penakluk Artik dan Antartika, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir.

Kartunis Lat atau Datuk Mohd Nor Khalid, sukarelawan Datuk Dr Jemilah Mahmood, pakar motivasi Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, jaguh bowling negara Shalin Zulkifli, wanita pertama Malaysia menawan Gunung Everest, Marina Ahmad dan pelopor nasyid kontemporari, Kumpulan Raihan.

No comments:

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme