Thursday, November 20, 2008

Bangunan Tertinggi Di Dunia

3.7 juta kaki²">

Burj Dubai


Maklumat

Lokasi Dubai, Emiriah Arab Bersatu
Status Dalam pembinaan
Tempoh pembinaan 20042008
Kegunaan
Dibuka
Musnah

Ketinggian

Antena/Puncak
Bumbung 808 meter (2651 kaki).
Tingkat atas

Maklumat teknikal

Bilangan tingkat 162
Keluasan tingkat >3.7 juta kaki²
Bilangan lif
Kos

Syarikat-syarikat

Arkitek
Jurutera
Kontraktor
Pemaju Emaar Properties
Pemilik


Burj Dubai (bahasa Arab untuk 'Menara Dubai') adalah sebuah pencakar langit masih dalam pembinaan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Bangunan ini terletak di kedudukan 25°11′58.34″U, 55°16′20.66″T. Ketinggian pastinya masih dirahsiakan, namun dipercayai kira-kira 808 meter (2651 kaki).

Pembinaanya dijangka siap pada 2009, Burj Dubai akan mengatasi ketinggian Taipei 101, Taiwan bangunan tertinggi di dunia sekarang. Pemaju Burj Dubai ialah Emaar Properties telah menyatakan bahwa Burj Dubai akan menjadi struktur tertinggi buatan manusia dalam sejarah. Struktur tertinggi yang pernah manusia bina adalah Menara Radio Warsaw pada ketinggian 645.4 m (2120 kaki) dibuat pada 1974 namun runtuh pada saat pembaikan pada 1991.

Burj Dubai dibina di Jalan Sheikh Zayed berdekatan Jalan Doha. Arkitek utama, jurutera struktur dan jurutera mekanikal ialah syarikat Skidmore, Owings dan Merrill LLP dari Chicago, Amerika Syarikat. George Efstahiou dari SOM menjadi pengurus bersama projek ini. Sementara Adrian Smith bekas SOM menjadi rakan rekabentuk.

Ketinggian semasa

Pada 21 Julai 2007, menara ini dilaporkan telah mencapai ketinggian 512.1 meter atau 141 tingkat telah siap . Dengan ini Burj Dubai telah berjaya mengatasi menara Taipei 101 yang hanya setinggi 509 meter. Ini menjadikan Burj Dubai menjadi bangunan tertinggi di dunia dan mengalahkan Taipei 101, Menara Petronas dan lain-lain.

Pada Februari 2007, Burj Dubai telah mengatasi ketinggian Sears Tower di Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar ( CTBUH) Burj Dubai belum disahkan sebagai bangunan tertinggi di dunia kerana belum siap sepenuhnya. Hanya setelah siap dan digunakan , barulah kajian pengiktirafan dilakukan secara rasmi.

Rekod semasa

  • Bangunan banyak Tingkat : 141 (sebelum ini Sears Tower - 110)
  • Pencakar langit paling tinggi bertingkat:512.1 m (1,680.1 kaki) (sebelum ini Taipei 101 - 439.2 m (1,440.9 kaki)
  • Pencakar langit paling tinggi pada bumbung :512.1 m (1,680.1 kaki) (sebelum ini Taipei 101 -449.2 m (1,473.8 kaki)
  • Pencakar langit paling tinggi dari sudut seni bina :512.1 m (1,680.1 kaki) (sebelum ini Taipei 101 -509.1 m (1,670.3 kaki)
  • Tiang konkrit menegak (untuk sebuah bangunan):512.1 m (1,680.1 kaki) (sebelum ini Taipei 101 -439.2 m (1,440.9 kaki)

Perancangan ketinggian

Tinggi sebenar bangunan ini masih dirahsiakan kepada pengetahuan umum demi keselamatan dan kejutan -kejutan akan datang . Perancang Burj Dubai mahu tinggi sebenar bangunan ini menjadi teka-teki dan dapat menjadi bangunan tertinggi untuk beberapa dekad dan tidak mudah dikalahkan oleh bangunan pencakar langit yang terbaru.

Bagaimanapun beberapa arkitek dan kontraktor menyatakan ketinggian Burj Dubai ialah 808 m (2,651 kaki) setelah pembinaan lengkap dibina. Ketinggian bersamaan dengan 1 1/2 batu. Dengan itu jumlah tingkat ialah 162 tingkat. Tetapi laman web rasmi Burj Dubai menyatakan 195 tingkat. Laporan lain menyatakan tinggi bangunan ini akan mencapai 940 meter. Sumber lain pula menyatakan 1011 meter. Semua itu masih menjadi teka-teki kepada semua.

Perbandingan dengan lain menara

Pada 21 Julai 2007, Burj Dubai akan secara rasmi menjadi bangunan paling tinggi di dunia, struktur bebas menegak, struktur berasaskan tanah dan mengalahkan bangunan Taipei 101 di Taipei, Taiwan, bangunan CN Tower di Toronto, Kanada dan menara tiang Guyed KVLY-TV di Dakota Utara . Burj Dubai masih mengekalkan bangunan tertinggi walaupun bangunan pencakar langit terbaru akan dibina. Antaranya ialah Freedom Tower di New York World Trade Center yang menggantikan dua bangunan yang dirempuh oleh kapal terbang dalam peristiwa 911.

Selain itu bangunan Shanghai World Financial Center yang dibina oleh kerajaan China di Shanghaijuga tidak dapat mengatasi Burj Dubai.

Begitu juga bangunan Chicago Spire di Chicago, Amerika Syarikat dijangka tidak dapat mengatasi Burj Dubai. Nampaknya strategi Burj Dubai merahsiakan matlamat ketinggian sebenarnya memang cukup bermakna. Arkitek bangunan terbaru tidak dapat berbuat apa-apa.

Beberapa rumors menyatakan , arkitek telah menukar paras ketinggian Burj Dubai daripada sasaran asal. Asalnya hanya 560 m berdasarkan kertas cadangan Grollo Tower dari Melbourne, Australia. Tetapi rekabentuk cadangan itu dipinda dan terus dipinda oleh Skidmore Owings dan Merrill (SOM setelah berbincang dengan pihak kerajaan United Arab Emirate. Rekabentuk terbaru boleh mencecah 705 meter dan dijangka siap tahun 2009. Sasaran ketinggian 916 m merupakan satu lagi rumor pada 28 September 2006.

Untuk mencapai ketinggian 916 m atau 940 meter menyebabkan bangunan ini lebih langsing, ramping dan terlalu runcing di bahagian atas. Ini menyebabkan rekabentuknya tidak lagi menarik dan tidak cukup anggun dan tidak cukup kukuh. Beberapa tingkat tetinggi akan menggunakan struktur besi dan konkrit yang diperkuatkan.

Emaar selaku pemaju bangunan Burj Dubai bahagian struktur besi ini akan digunakan bagi menyaingi bangunan lain.



No comments:

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme