Friday, November 28, 2008

BILA MAUT MENDADAK…..

BILA MAUT DATANG MENDADAK…….

Aku bimbang .. sangat bimbang ..
Bagaimanakah kalau besok.. aku mati mendadak?
Sembahyangku masih banyak.. yang belum terqada’
Ingin membayar puasa yang tertinggal.. masih belum aku
bertindak
Hutangku masih berlambak-lambak.
Finance kereta-ku belum lagi lunas tertunai
Hutang bank rumah-ku masih belum selesai
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.

Aku bimbang.. sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh
oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah
Atau ……………. apakah aku akan dibelasah
oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang menggigit
Kerana sembahyangku yang amat sedikit.

Aku bimbang.. sangat bimbang..
isyak masuk.. ayah ke surau menyembah Allah
Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA,
Ayah bertasbih, bertahmid.. berzikir memuji Tuhan
Aku terjerit2.. MENYOKONG PESERTA REALITI TV TU.
Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan
Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang
Bagaimanakah nasibku.. setelah dunia aku tinggalkan?

Aku bimbang.. amat bimbang.. imanku masih terumbang-umbang
Ketika aku di dalam kubur.. adakah orang yang akan mendo’akan
?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah
Al-Qur’an
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan
Nasibku di bawah tanah.. adakah siapa yang akan mengenangkan ?
Hilang aku dari pandangan.. hilanglah aku dalam kenangan.
Jadi.. kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan ?
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.

Aku bimbang.. sangat bimbang.. amal ibadahku sangat berkurang
!
WAHAI MANUSIA … taubatlah engkau dari sekarang
Tinggalkanlah padang bola.. TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan
pergi ke
masjid
seperti oranglain
Qada’lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu
Berhentilah menjadi sahabat syaitan
Agar hidupmu mendapat keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH.

"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu … namun tak pula aku
sanggup
keNerakamu…. kami lah hamba yang mengharap belas darimu
…"ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa .. ampunkan dosa2
kami .kedua ibubapa kami .
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal

No comments:

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme