Wednesday, November 26, 2008

DYNAMIC TOWER (World's First Moving Building)



Dilancarkan pada 24 Jun lalu, arkitek Itali, Dr David Fisher mengumumkan pembinaan menara pertama di dunia yang bergerak setiap saat. Bangunan yang menghadap ke laut itu dirancang didirikan di beberapa lokasi di dunia bermula dengan Dubai, Moscow diikuti New York.

Menurut Dynamic Group, syarikat yang akan membina bangunan yang dinamakan Dynamic Tower Dubai setinggi 420 meter itu bakal menempatkan 80 tingkat unit pangsapuri dengan keluasan 124 meter persegi manakala villa pula seluas 1,200 meter persegi. Setiap unit kediaman dilengkapi tempat meletak kereta dalam rumah.

FAKTA: Dynamic Tower

# Setiap tingkat berpusing mengikut kelajuan berbeza.

# 20 tingkat pertama memuatkan unit pejabat, tingkat 21 sehingga 35 menempatkan hotel mewah, 36 hingga 70 mengandungi unit kediaman pangsapuri dan 10 tingkat selebihnya menawarkan villa mewah.

# Pembinaannya menuntut pembabitan 80 juruteknik dan 2,000 pekerja binaan.

# Dilancarkan arkiteknya, David Fisher pada 24 Jun lalu dan dijangka siap menjelang 2010.

# Impian Fisher membina bangunan menakjubkan ini menerima sokongan Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu, Sultan Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum.

# Fisher mendapatkan kerjasama arkitek dan jurutera berpengalaman dari United Kingdom dan India

1 comment:

  1. smat gler bangunan ni...
    biler la aku bleh g sana...

    ReplyDelete

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme