Saturday, November 29, 2008

Kisah Alam Semester (2)

Kumpulan Tempatan


Kumpulan Tempatan ialah sebuah kumpulan galaksi yang termasuk galaksi kita, Bima Sakti. Kumpulan ini terdiri daripada lebih 35 galaksi, dengan pusat graviti terletak di antara Bima Sakti dan Galaksi Andromeda. Galaksi Kumpulan Tempatan meliputi diameter 10 juta tahun cahaya (lihat 1 E+22 m untuk perbandingan jarak) dan mempunyai bentuk binari (dumbel). Kumpulan ini dianggarkan mepunyai jisim (1.29 ± 0.14)×1012M☉. Kumpulan itu merupakan salah satu kumpulan dalam Gugusan Besar Virgo (atau Gugusan Besar Tempatan).

Dua ahli yang terbesar ialah Bima Sakti dan Galaksi Andromeda. Kedua-dua galaksi pilin berpalang ini mengandungi sistem galaksi satelit tersendiri.

• Sistem satelit Bima Sakti terdiri daripada Galaksi Sagittarius Kerdil, Large Magellanic Cloud, Small Magellanic Cloud, Canis Major Kerdil, Ursa Minor Kerdil, Draco Kerdil, Carina Kerdil, Sextans Kerdil, Sculptor Kerdil, Fornax Kerdil, Leo I, Leo II, and Ursa Major Kerdil.

• Sistem satelit Andromeda terdiri daripada M32, M110, NGC 147, NGC 185, And I, And II, And III, And IV, And V, Pegasus dSph, Cassiopeia Kerdil, And VIII, And IX, and And X.

• Galaksi Triangulum, galaksi ketiga terbesar dan satu-satunya galaksi pilin biasa dalam Kumpulan Tempatan, boleh jadi merupakan gu galaksi Andromeda tetapi mungkin memiliki Pisces Kerdil sebagai satelit.

Ahli lain kumpulan ini yang terasing secara graviti dari subkumpulan besar di atas termasuklah : IC1613, Phoenix Kerdil, Leo A, Tucana Kerdil, Cetus Kerdil, Pegasus Kerdil Irregular, Wolf-Lundmark-Melotte, Aquarius Kerdil, and Sagittarius Kerdil Irregular.

No comments:

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme