Saturday, November 29, 2008

Majlis konvokesyen selepas Canselor dilantik

Rabu, 23 Julai 2008 09:28:49 AM

KUALA TERENGGANU – Majlis konvokesyen Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) diadakan selepas Canselor universiti itu dilantik tidak lama lagi, demikian jaminan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron.

Menurut Idris, urusan pelantikan Canselor telah dibincangkan oleh kementerian dan dijangka selesai dalam tempoh terdekat.

“Saya yakin konvokesyen tetap diadakan tahun ini juga. Jadi, saya minta semua graduan UDM bersabar.

“Walaupun ia hanya majlis spiritual tanda tamat pengajian, kita tidak akan mengecewakan graduan dan tetap mengadakannya kerana ia hari bermakna buat mereka,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jelasnya, bagaimanapun tarikh sebenar majlis itu adalah terpulang kepada pihak pentadbiran UDM untuk menentukannya.

“Graduan juga tak perlu risau kerana mereka masih boleh mendapatkan transkrip akademik mereka seperti biasa daripada pihak universiti,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UDM, Dr. Mohd. Afandi Muhamad berkata, pihaknya menjangka konvokesyen boleh diadakan selewat-lewatnya Oktober ini.

Catatan: KOSMO

1 comment:

  1. hahaha...
    aku malu sebagai pelajar UDM yg xpenah mengadakan konvo

    ReplyDelete

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme