Wednesday, December 3, 2008

Bulan Senyum (Salah Satu Kebesaran Allah)



Luar biasa. Kelihatan bulan sabit dan planet Musytari serta Zuhrah menyerupai muka orang tersenyum atau bulan 'senyum' yang boleh kelihatan bermula kira-kira jam 8 malam tadi. Kejadian luar biasa astronomi itu berlaku lima tahun sekali turut menarik perhatian ramai rakyat negara ini yang menyebarkan berita bulan 'senyum' itu menerusi khidmat pesanan ringkas

Kredit: http://cikrye.blogspot.com/2008/12/bulan-senyum.html

-BH

Fenomena bulan tersenyum. Satu petunjuk dari yang Esa.

Satu fenomena yang disaksikan semalam di seluruh Malaysia yang dibawakan oleh Buletin Utama TV3 malam semalam. Juga boleh disaksikan di India, Thailand, Australia, Europe etc.

-Kredit: Gambar Shahgazer [Falak Online].

-Kredit: http://blog.thinker.my/bulan-tersenyum-menyambut-zulhijjah

Saksikan gambar di bawah. Musytari (Jupiter), Kejora (Venus) dan Bulan kelihatan harmoni dan dekat antara satu sama lain (seolah sedang tersenyum) sedangkan pada hakikat sebenar, 3 makhluk Allah itu adalah berbilion-bilion tahun cahaya jaraknya antara satu sama lain. MasyaAllah...





Bulan bersama-sama dengan Mustytari (jupiter) dan Kejora (venus)berhimpun di dalam kawasan yang sama dan membentuk sebuah segitiga! seperti sedang tersenyum.

Bayangkan, walaupun ketiga-tiga objek ini dilihat seolah-olah hampir antara satu sama lain, tetapi dari segi hakikatnya tidak.

Cahaya dari Bulan mengambil masa 1.3 saat untuk sampai ke mata kita. Cahaya dari Kejora (objek sebelah kiri), mengambil masa lebih kurang 8 minit untuk sampai. Manakala Musytari yang dilihat itu ialah keadaannya 48 minit terdahulu!

-Kredit: http://www.atehfaisal.blogspot.com/

1 comment:

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme