Thursday, December 4, 2008

Kisah Alam Semester (6)

Awan Antara Najam Tempatan

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Awan Antara Najam Tempatan dan bintang-bintang di sekelilingnya

Awan Antara Najam Tempatan ialah sebuah awan antara najam (kira-kira 30 tahun cahaya lebar) di mana Sistem Suria sedang bergerak melaluinya sekarang . Sistem Suria memasuki Awan Antara Najam Tempatan di antara 44,000 dan 150,000 tahun dahulu dan dijangka akan terus kekal di dalamnya untuk 10 ke 20,000 tahun lagi. Awan ini mempunyai suhu 6000° C, suhu sama dengan permukaan Matahari. Ia amat tipis, dengan 0.26 atom per sentimeter padu; satu perlima ketumpatan medium antara najam dan dua kali ganda gas dalam Gelembung Tempatan. Sebagai perbandingan, atmosfera Bumi di STP mempunyai 2.7 × 1019 molekul per sentimeter padu.

Awan ini sedang bergerak keluar dari Scorpius-Centaurus Association, sebuah sekutuan najam yang merupakan kawasan pembentukan bintang.[1]

Awan ini terbentuk di mana Gelembung Tempatan dan Gelembung Loop I bertemu. Matahari, dengan beberapa bintang tempatan lain, termasuk di dalam Awan Tempatan. Bintang ketara yang terdekat termasuklah Alpha Centauri, Vega, Arcturus dan Fomalhaut.

Kesan Awan Antara Najam Tempatan ke atas Bumi dibatalkan oleh angin suria dan medan magnet Matahari.[2]

No comments:

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme