Friday, December 5, 2008

Mek Dalam Kenangan



Ni gambar terakhir aku ambik dengan arwah Mek di dalam rumah arwah Pok Long.

Pok Long meninggal hampir sebulan sebelum mek meninggal.Masa Pok Long meninggal,aku ada kat rumah ni tapi x sempat lihat saat nafas terakhirnya.Aku tidak sempat melihat saat pengebumian kerana aku terpaksa datang ke UDM oleh kerana aku naik bas kat Kota Bharu.Pada masa ni Mek aku berada kat hospital jeli.Mek x sempat nak tengok anak sulung dia buat kali terakhir.

Pada satu malam,hampir sebulan kemudian,time aku duk kat hostel,aku menerima panggilan dari Ma mengatakan Mek dah meninggal.Sebelum subuh lagi aku bertolak ke jeli dengan motor ditemani mirol.Nasib baik mirol nak ikut.kalu x, Ma marah balik sorang-sorang gan motor.Thankz mirol.Mirol sanggup ponteng bersama kelas Web Programming Cik Faty.Dengan izin Allah, aku sampai dengan selamat dan sempat melihat wajah mek untuk kali terakhir.Setelah sudah pengebumian, aku dengan mirol terus balik ke UDM.

Hari ni genap 100 hari Mek meninggalkan aku dan keluarga.Aku akan pergi ke Jeli hari ini.Harap sesiapa yg singgah ke blog aku ni,bagi org islam,sedekahkan lah Al-Fatihah pada Pok Long dan Mek aku.Semoga rohnya dicucuri Allah dan ditempatkan dengan orang yang beriman.

Al-Fatihah...

No comments:

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme