Friday, May 15, 2009

Peristiwa Hitam 15 mei di Palestin & Selamat Hari Belia

Pada 15 Mei 1948 bermulanya kisah ini. Inilah dinamakan Hari Nakbah iaitu Hari Bencana yang berlaku di Palestin. Di bumi Malaysia ini, istilah ini jarang kita dengari, saya sendiri mengetahuinya ketika di Matrikulasi ketika bersama Pusat Islam menganjurkan Hari Palestin Sedunia.

Sahabat-sahabat sekalian,

Hari ini kita diingatkan dengan kesakitan, keperitan serta tangisan daripada mangsa-mangsa keganasan dan pembersihan etnik yang diarahkan dan dikepalai oleh negara Zionist. Secara faktanya, 3.5 juta rakyat Palestin dipaksa meninggalkan tanah airnya melalui pelbagai cara, antaranya pencerobohan keatas tanah-tanah dan bangunan-bangunan, rumah-rumah dan kampung-kampung dimusnahkan dan pembunuhan rakyat Palestin dan sebagainya.

15 Mei- Hari Nakbah (Hari Bencana) bukan hanya sekadar hari memori buat kita, tetapi juga sebahagian daripada penentangan keatas rampasan tanah, usaha mempertahankan maruah, kebuluran, pengeboman rumah-rumah rakyat dan pembunuhan aktivis-aktivis politik di Palestin.



Selamat hari belia diucapkan kepada belia2 di malaysia.http://www.belia.org.my/

No comments:

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme