Wednesday, September 9, 2009

Sambutan 1 Tahun University Apex & Upacara Konvokesyen Komemoratif Sempena 40 Tahun USM & Majlis Berbuka Puasa



Pada 3/9/09 genap 1 tahun USM bergelar Apex Universiti.


Pada 9/9/09 tepat pukul 9.09 pagi.

Kebawah D.Y.M.M. Al-Sultan Almu'tasimubillahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah dan Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi , mantan Perdana Menteri Malaysia akan menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang dan Doktor Pendidikan di atas sumbangan besar yang telah diberikan mereka terhadap penubuhan USM dan pembangunan ilmu di negara ini.

D.Y.M.M. Sultan Kedah dan mantan Perdana Menteri ini bakal menerima penghormatan tersebut di Upacara Konvokesyen Komemoratif USM pada hari Rabu, 9 September 2009, jam 9.09 pagi di Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Selain itu, Sasterawan Negara, Prof. Muhammad Hj. Salleh yang juga penerima Anugerah Akademik Negara 2008 akan turut diberi penghormatan anugerah Profesor Emeritus di majlis yang sama.

petikan dari laman web USM

MAJLIS BERBUKA PUASA.

Antara yang hadir ialah D.Y.M.M Tuanku Canselor Sultan Perlis,D.Y.M.M Tuanku Sultan Kedah,T.Y.T Negeri Pulau Pinang,Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi,Pengerusi Lembaga Pengarah USM,Naib Canselor,Timbalan Naib Canselor..

Aku amin dan mirol sempat berbuka puasa dan bersalaman..

No comments:

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme