Sunday, October 18, 2009

Gunung Jerai (Cerita)

Tepat jam 6.45 pagi aku keluar dari asrama bersama amin dan mirol. Fiza keluar dgn nomi dan kwan2 nya. Aku berjalan dari asrama aku ke padang kawad sebab bas pagi2 gitu xdok lg. Tertekan aku.tp sabar..

Bas bertolak pada pukul7.30 pagi dari usm ke Gunung Jerai, Gurun. perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 30 minit. Tiba di kaki gunung jerai dalam 9 pagi. Aku pun bergambar di kaki gunung. Tapi malangnya kamera nomi habis bateri.. Selepas itu,Fahmi pun sampai. Kami pn bercakap2 dgn dia dan kawannya. Nasib baik dia tolong beli beteri kat nomi. Kami berjanji dgn fahmi untuk jumpa di puncak gunung. selepas memanaskan badan dan mendapatkan keperluan msing2,kami berjalan mendaki gunung dalam pukul 9.45 pagi.

Aku, mirol, fiza, amin berada dalam kumpulan ke 4 tp yg first start mendaki. Nomi berada dalam kumpulan ke 2. Semasa mula2 mendaki, perasaan kami happy. Kami tidak kisah dgn penat sikit2. Kami berehat bila penat dan meneruskan perjalanan semula. Dalam pukul 10 lebih aku dah rasa kepenatan. Sape xpenat dengan jalan yg berputar2 naik keatas. Memang menguji kesabaran aku.fuh...tp aku mendapat tahu perjalanan kaki ke atas mengambil masa selama 4 jam.Aku amat trtekan.Memang gila lah. Memang s*** lah...

Aku teruskan perjalanan aku walaupun aku amat letih sngat22222. Kaki aku dah xrasa ape2 dah. Mirol lagi lah..Muko nok jerit doh. Amin jauh tinggal kan kitorg. Amin laju mgkin sbb nk kejar awek yg kat atas tu kot. Fiza masih ok wlaupn penat..Alkisahnya aku tersentak dgn berita yg aku dgr Nomi sudah naik trak. Memang xadil sgt2. Betasa tertekan nya hati aku time tu...Mgkin nomi menggoda abang2 JPA kot...

Dalam pukul 11 pagi aku terserempak dgn fahmi yg nk turun kebawah.Aku tnya dia jauh lagi ke x. Dia kata dah dekat dah. Kami memang heppy... tp smpai sejam lebh xsampai2 lg. Hati aku xleh nk dibayangkan lg time tu...tp kami masih mengambil jalan dalam perjalanan untuk melepaskan tekanan..

Dalam pukul 12.45 lebh2, Kami smpai di tmpat rekriasi yg. Dari kaki ke tempat tu dalam 10km kami mendaki. Xpercaya rasa. Tapi aku memang seronok melihat pemandangan jelapang padi..memang nampak jelas dgn ada air terjun yg bewarna merah lg...Kami makan nasi dan solat zohor.Dalam 2.45, Rancangan ingin melawat muzium perhutanan tetapi ada beberapa masalah teknikal. Jadi pihak urusetia mengambil plan b iaitu untuk ke puncak gunung yg jaraknya 2km lg menggunakan jalan raya. Aku memang dah xsedap hati. Adakah akan mendaki lagi????????...Tp x...kami dibawa keatas meggunakan trak JPA.

Apabila smpai diatas, permandangan lg cantik dari tmpat tadi....Teramat2 cantik. nampak sebesar2 kedah. Nampak pulau2...pulau dayang bunting...laut luas...Angin yg sejuk..Awan yg berada bwh kami... Memang betul la nyanyian Jinbara yg liriknya Ku ukir nama mu di awan Gunung Jerai.. Aku ingat nk ukir nama fizai..tp xnak ambil risiko...huhu. Nomi nyanyi lagu cinta pantai merdeka slow2..jiwang sgt...ingat aku xdgr.hahhaha...Resortnya juga cantik dgn permandangan ke bawah...

Dalam pukul 3 ptg, kami pun meninggalkan Puncak gunung jerai..Skali lg aku diuji dgn berjalan kaki turun ke bwah kerana perempuan turun dgn trak. Jd lelaki turun jalan kaki. Aku amat marah kenapa lelaki di layan mcm anak tiri..aku memang pelik.. Hampir 4km aku berjalan kebawah...walaupn xsepenat mendaki,tp kaki aku dah memang xrasa ape dah.Terlalu sakit. Mujur trak datang balik dan mengambil kami smpai ke bawah. Lepas solat asar, kami pun bertolak ke USM. Kami solat magrib kat sungai dua. Sesudah smpai, mirol terus pulang ke asrama kerana ada jamuan hari raya. Tp bukan depavali..Aku, fiza, nomi dan amin terus mendaki ke Marry Brown..haha....tertekan aku ditambah dgn chelsea kalah..

Selepas itu aku diuji plak berjalan ke asrama disbbkan bas sudah xde..rasa mcm nk kerat kaki dan pikul je kaki tu..Tp xde pisau...naik tngga asrama pn dah sakit...pastu aku trus mandi dan rehat2...Aku bgun pukul 12 tgh hari ni dan aku rasa kaki aku sakit lagi. Time aku taip ni pn tngah sakit lagi..

Fakta.

Gunung Jerai - setinggi 1,217 meter / 1 km lebih. Tapi hakikatnya aku mendaki lebih 12 km mengikut jalan raya.

Gunung Tertinggi Di Dunia - Gunung Everest setinggi - 8,848 m/ 8km lebih.

Bermakna,aku dah mendaki lebih pada Gunung Everest la...hahahaha...Bezanya xde salji, ribut salji, xbahaya...hahaha...

5 comments:

  1. hahahaha....bese la...doh sarjan tu suh nomi naik track...so,ap lg...i naik la...dia kato leh daki 6km tu kiro bagus doh tu...dio siye tgk nomi letih bj basoh bejenruts doh kot..ngeee~~~~ptot nyo time 4km tu nomi nak naik track doh...doh c pengarah projek tu [[ikhwan]] cayok nomi..ang leh daki...dgn pnuh smgt nomi naik...6.4km dh semput maa...tuhan jh tau xrok nyo...hahhah...so alkisah bermula naik trak..hahahahah..best.....
    chupp....daki ke marry brown tu mn amin??amin pn ad ok....

    romantik ke??hahahah...besela...tgh mengalami tekanan skit kaki kt puncak..hk xromantik jd romanti sbb keletihan..hahahhaah....
    pjh plok..nk copy paste nk posting kt blog r....kakakakak~~~

    ReplyDelete
  2. ohhh panjt gunung jerai ye...at trg dulu tanak plak pnjt bukit besar tu..

    ReplyDelete
  3. Xberkesempatan nk panjat bukit besar...hahah

    ReplyDelete

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme