Thursday, October 22, 2009

Universiti Sains Malaysia

Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan sebuah universiti awam di Malaysia. Kampus utamanya terletak di Minden, Pulau Pinang. Terdapat dua kampus lain iaitu satu di Seberang Perai dan satu lagi di Kelantan. USM mempunyai jumlah pelajar sekitar 29,789 orang pada 2006.[1] Ini menjadikannya ia sebuah universiti terbesar di Malaysia dari segi bilangan pelajar.

Universiti Sains Malaysia merupakan salah sebuah daripada empat universiti yang bertaraf universiti penyelidikan intensif di Malaysia.[2] Ini jelas mencapai misi dan visinya menjadi universiti bertaraf dunia melalui program penyelidikan bertaraf dunia dengan perancangan dan pelaksanaan aktiviti R&D. Universiti ini mendapat sokongan daripada kakitangan akademik dan sumber manusia yang cemerlang untuk menjayakan misinya. Pada 2006, USM mempunyai kira-kira 30,000 pelajar termasuk 7,000 orang bertaraf pascasiswazah.[3] Jumlah pensyarah seramai 1,600 orang. Ini bererti nisbah pensyarah-pelajar ialah 1:23.

USM telah ditubuhkan sebagai universiti kedua di Malaysia pada 1969 dan pertama kali dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang. Pada masa yang sama, ia beroperasi di Bukit Gelugor, Pulau Pinang. Pada 1971, kampus USM dialihkan ke kawasan yang berkeluasan 239.4 hektar, yang mana ia merupakan bekas kawasan berek tentera.[4]

Dari sudut lain, Universiti Sains Malaysia diberikan mandat untuk menjaga, mempromosi, dan menguruskan pendidikan tinggi dalam bidang yang mencakupi sains tulen, sains aplikasi, sains farmasi, sains bangunan dan teknologi, sains masyarakat, kemanusiaan, dan pendidikan dalam bentuk penyelidikan, kemajuan, dan penyebaran ilmu pengetahuan.

Di samping kampus utama terletak di Minden, USM mempunyai dua kampus lain; Kampus Kejuruteraan di Seri Ampangan, Nibong Tebal, Seberang Perai dan Kampus Kesihatan di Kubang Kerian, Kelantan.

Kampus Kesihatan mula beroperasi sebagai Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada Ogos 1983. Kampus ini berkembang setelah Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) dipindahkan dari kampus induk ke lokasi sekarang seluas 72.84 hektar. Keseluruhan PPSP berpindah dari kampus induk pada Jun 1990. Setelah itu, dua buah pusat pengajian baru ditubuhkan iaitu Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) dan Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK).

Kampus Kejuruteraan yang juga asalnya terletak di kampus induk sebelum dipindahkan ke Tronoh, Negeri Perak, berpindah ke Nibong Tebal pada 1997 secara berperingkat-peringkat.[5] Tapak itu kini digunakan oleh Universiti Teknologi Petronas.

Pusat pengajian

Kampus Matematik dan Sains Komputer USM

Pusat Pengajian Berdasarkan Teknologi

  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  • Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan
  • Pusat Pengajian Teknologi Industri
  • Pusat Pengajian Sains Perubatan
  • Pusat Pengajian Sains Pergigian
  • Pusat Pengajian Sains Kesihatan
  • Pusat Pengajian Sains Farmasi

Pusat Pengajian Seni Liberal

  • Pusat Pengajian Seni
  • Pusat Pengajian Komunikasi
  • Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
  • Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
  • Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
  • Pusat Pengajian Pengurusan

Pusat Pengajian Sains Tulen

  • Pusat Pengajian Sains Kajihayat
  • Pusat Pengajian Sains Kimia
  • Pusat Pengajian Sains Matematik
  • Pusat Pengajian Sains Komputer
  • Pusat Pengajian Fizik

Pusat Pengajian Sains Perubatan

  • Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT)

Kedudukan

Universiti Sains Malaysia berada pada kedudukan ke-111 mengikut Kedudukan Universiti Dunia 2004 yang diterbitkan oleh the Times Higher Education Supplement.[6] Walau bagaimanapun, ia terus terkeluar daripada senarai 200 universiti terbaik di dunia pada 2005. Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Dzulkifli Abdul Razak berkata terdapat penambahan ukuran baru dalam proses penilaian yang melibatkan sumbangan yang kukuh bagi menentukan kedudukan universiti:

Kedudukan kita yang jauh ketinggalan dianggap berpunca daripada kenyataan bahawa kita adalah universiti yang agak muda dibandingkan dengan UM yang berusia 100 tahun. Mereka telah membina reputasi kukuh pada masa tersebut.

Prof. Dzulkifli menyatakan mengenai pemberian nisbah di universiti Malaysia:

Lebih setahun yang lalu kita telah menggandakan penuntut kita. Kini, USM mempunyai 35,000 penuntut termasuklah 28,000 siswa tetapi bilangan pensyarah kira-kira 1,400 tidak tidak bertambah beriringan.

Di Malaysia, USM mendapat tempat terakhir dalam Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Awam (Setara) 2007 bagi kategori universiti penyelidikan.[7] Secara keseluruhan pula, USM memperoleh skor 3 (baik).[8] Bagaimanapun pada 2008, USM telah dinaikkan taraf ke Universiti APEX yang menjadi peneraju utama ke arah kecemerlangan pendidikan di Malaysia.[9] Namun demikian, USM menjadi satu-satunya universiti di Malaysia yang kedudukannya merosot dalam Times Higher Education-QS World University Rankings 2008 apabila jatuh dari tangga 307 kepada 313.[10]


Kedudukan universiti

Jadual berikut menunjukkan kedudukan Universiti Sains Malaysia mengikut THES - QS World University Rankings yang diterbitkan oleh Times Higher Education Supplement (THES) dan Quacquarelli Symonds (QS).

Tahun Kedudukan
2008 313 (APEX U)
2007 307 (Terakhir dalam RU)
2006 -
2005 >200
2004 111

Filem

Terdapat beberapa filem yang difilemkan di atau sekitar kampus USM, termasuk:

Terdapat rancangan televisyen yang menggunakan kampus USM sebagai lokasi penggambaran, termasuk:

  • Layang-layang Terputus Talinya
Universiti Sains Malaysia
Logo Universiti Sains Malaysia

Moto: Kami Memimpin
"We Lead"
Ditubuhkan pada: 1969
Jenis: Awam
Canselor: DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalulail
Naib canselor: Profesor Dato' Dzulkifli Abdul Razak
Lokasi: Pulau Pinang, Malaysia
Kampus: Kampus Utama (Minden, Pulau Pinang),
Kampus Kesihatan (Kubang Kerian, Kelantan),
Kampus Kejuruteraan (Nibong Tebal, Pulau Pinang)
Penggabungan: ASAIHL
Laman web: www.usm.my
Logo Universiti Sains Malaysia

Wikipedia.

2 comments:

  1. beberapa pesanan dr penaja :

    1) nk copy paste pun..buang la skit2 tnda copy paste tu..npok sgt.....lalalallala~~~~

    2)tgk kt pusat pengajian berdasarkan teknologi dgn pp b`dasarkan sains tulen....
    awk penim kot...

    ~~ teknologi
    stating ppsp hingga farmasi bukan sains tulen??

    ~~ sains tulen
    math n cS tu bkn teknologi???

    conFusing toL.....
    huhuhuhuuhu......

    ReplyDelete
  2. entah.peja just copy paste je..kalau salah,salah wikipedia la..hehe

    ReplyDelete

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme