Wednesday, September 29, 2010

Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi

Dalam suatu riwayat, Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, Malaikat Jibril, Mikhail, Israfil dan Izrail A.S, telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.

Berkata pula Mikail A.S. : Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.

Berkata pula Israfil A.S. : Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.

Malaikat Izrail A.S pula berkata: Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi.

Demikianlah kelebihan berselawat. Sesiapa yang rajin berselawat, Jibril akan menjadi pemandunya di titian sirat, mikail pula akan memberinya minum di mahsyar dan izrail akan mencabut nyawa dengan lembut.

Masih banyak lagi fadhilat selawat yang perlu kita ketahui. Jangan pula kita memberi alasan bahawa tidak sempat atau tidak menghafaz selawat. Kerana selawat yang dimaksudkan di sini bukanlah selawat yang panjang, hanya dengan selawat yang ringkas sahaja sudah mencukupi. Yang penting kita istiqmah melakukannya setiap hari.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, di harapkan kita semua tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.W.A. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat..

http://www.gempak.org/forum/hal-ehwal-agama/26190-kelebihan-berselawat-ke-atas-nabi.html

1 comment:

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme