Thursday, September 9, 2010

Kisah Rasulullah S.A.W Dgn Limau

Just Share.

Suatu Hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita
kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa
beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh
buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman
gembira.Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas
dengan senyuman.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat,
namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.
Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis
semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih
dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap
Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan 'Tahukah kamu,
sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama..
Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang Ada di antara kalian akan
mengenyitkan Mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan
tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya'. Begitulah akhlak Rasullullah
SAW.

Baginda tidak akan memperkecil- kecilkan pemberian
seseorang biarpun benda yang tidak baik, Dan dari orang yang bukan Islam pula.

http://www.gempak.org/forum/hal-ehwal-agama/29043-kisah-rasulullah-s-w-dgn-limau.html

No comments:

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme