Wednesday, November 10, 2010

Kencing Unta RM 82 Untuk 250 ML



Seorang pekerja penternakan unta menunjukkan air kencing unta yang akan dijualnya. Kencing unta sekitar 250ml dijual dengan harga 100 riyal atau sekitar RM82.

Selain susu dan dagingnya, kini kencing unta banyak dicari orang. Katanya kencing unta boleh dijadikan ubat pelbagai jenis penyakit. Kencing yang ada khasiat ialah kencing dari unta Badwi yang dipanggil Najeeb dan bukannya Najib Rosmah ek!





Hukum minum Air kencing Unta


Hadith minum kencing unta riwayat Anas merupakan hadith sahih (al-Bukhari 2855, Muslim 1671) yang mengisahkan terdapat beberapa orang yang datang ke Madinah dan mereka sakit, lalu Nabi menyuruh mereka minum susu dan kencing unta, dan akhirnya mereka pun sihat.

Kencing yang ada khasiat ialah kecing dari unta Badui yang dipanggil Najeeb. (Kitab Zaad al-Ma'aad, 4/47-48).

Ulama berbeza pendapat berkenaan dengan hukum kesucian air kencing unta. Bagi Mazhab Syafie, air kencing binatang yang halal di makan tetap najis, akan tetapi mereka mengharuskannya bagi tujuan perubatan.

Syeikh 'Izzuddin bin Abdussalam: “Harus berubat dengan najis apabila tidak ada ubat yang suci yang boleh menggantikannya, kerana maslahat kesihatan dan kesejahteraan itu lebih sempurna berbanding dengan maslahat menjauhi najis. Dan tidak harus berubat dengan arak mengikut pendapat yang lebih benar.”

Walaubagaimana pun, Jumhur (kebanyakan) fuqaha’ pula mengatakan bahawa air kencing binatang yang halal di makan adalah suci, termasuk unta.

Sumber:
Kitab Zaad al-Maad, Kitab Sahih Bukhari & Muslim,

http://www.gempak.org/forum/sembang-kosong/35064-kencing-unta-rm82-untuk-250ml.html

Kalau salah tolong betulkan.just sharing

No comments:

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme