Friday, November 19, 2010

Wajib Bayar Balik PTPTN Selepas 6 Bulan Tamat Pengajian

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS) yang membuat pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) wajib memulakan pembayaran hutang tersebut selepas enam bulan mereka menamatkan pengajian.

Pegawai Perhubungan Awam PTPTN, Rina Rahman berkata, jika mereka tidak mampu membuat bayaran mengikut jadual yang ditetapkan, rayuan penangguhan hendaklah dikemukakan kepada PTPTN.





Menurutnya, jika peminjam gagal berbuat demikian, PTPTN akan menghantar notis peringatan pertama disusuli yang kedua selepas sebulan notis peringatan pertama dikeluarkan.

''Penghantaran notis peringatan ketiga dilakukan selepas enam hingga 12 bulan notis peringatan kedua dikeluarkan. Seterusnya, panel peguam PTPTN akan menghantar notis tuntutan (LOD) dalam tempoh dua bulan selepas notis peringatan ketiga.

''Tindakan saman dalam tempoh tiga hingga 12 bulan selepas LOD dan penghakiman oleh mahkamah iaitu kos pentadbiran atas amaun tuntutan kebiasaannya ditetapkan oleh mahkamah tidak melebihi lapan peratus setahun,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian 03-20982317/2318 bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

No comments:

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme