Saturday, February 26, 2011

Keputusan PRK USM 2010/2011

DSC_0840

PULAU PINANG, 15 Jan – Fatin Syamila Fadzil muncul calon paling popular apabila meraih 2742 undian dalam proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPPUSM) Sidang Akademik 2010/2011 yang dijalankan di kampus induk USM, di sini semalam.

Catatan undian tersebut membolehkan beliau memendahului senarai sebelas calon yang bertanding bagi merebut enam kerusi umum yang dipertandingkan pada sesi pemilihan sidang ini.

Kejayaan beliau turut diikuti oleh lima lagi calon iaitu Muhamad Hafiz Abu Kasim (2610), Ismalia Hasimi (2559), Muhammad Idzuan Jamalludin (2264), Mohamad Nor Lukhman Al Hakim Ismail (2144) dan Musmuliadi Kamaruding (2121).





Dua lagi kerusi umum masing-masing dimenangi oleh Mohamad Fazil Jamaludin dari Kampus Kejuruteraan (menang tanpa bertanding) dan Nur Shairah Fatin Badruddin dari Kampus Kesihatan yang mengalahkan lawannya D. Kumareswaran.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar USM, Prof. Dato’ Omar Osman berkata, pihaknya berpuas hati dan menyifatkan proses pemilihan MPPUSM pada kali ini berjalan lancar.

Katanya, proses pengiraan undi turut berjalan lancar dengan melibatkan sejumlah 250 kakitangan dari pusat pengajian USM, selain turut dibantu urusetia pemilihan.

``Semua proses boleh disifatkan sebagai lancar dan berkemungkinan besar pada masa depan USM akan melihat kepada penggunaan kaedah kiraan elektronik (e-counting) bagi melicinkan dan mempercepatkan proses kiraan undi,’’ katanya.

Mengulas penurunan bilangan pelajar yang turun memilih calon, beliau berkata:``Ada beberapa faktor yang menyebabkan ia berlaku, termasuk keputusan USM untuk tidak mewajibkan mereka (pelajar) keluar mengundi.

``Kita mahu wujudkan kesedaran dalam diri pelajar mengenai tanggungjawab mereka kerana ia lebih bermakna dari memaksa mereka berbuat demikian.’’

Proses pemilihan berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang meliputi sembilan pusat pemilihan bagi kampus induk, termasuk lapan di desasiswa pelajar dan satu di Dewan Pembangunan Pelajar, Kompleks Cahaya Siswa (pusat pemilihan bagi pelajar tanpa asrama).

Manakala di Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal dan Kampus Kesihatan, Kelantan, hanya satu pusat pemilihan dibuka, masing-masing di Bilik Seminar Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam dan Pusat Pembangunan Siswa.

Peratusan pelajar turun membuat pilihan MPPUSM menurun kepada 55 peratus pada tahun ini.

http://www.usm.my/index.php/en/about-usm/news-archive/66-news-highlight/7808-fatin-syamila-raih-undi-tertinggi-pemilihan-mpp.html

MFZ: aku salah sorg pegi ngundi.hmm..entah la.xkisah sgt sape menang.tp yg aku vote ada yg menang.bgus lah.so,dh ada kuasa tu,buat la sebaik mungkin.good luck.

No comments:

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme