Monday, March 21, 2011

Bakal Bangunan Berkembar Tertinggi Di Dunia




Korea Selatan sememangnya sedang berusaha untuk memoden dan mencantikkan ruang udara bandarayanya dengan pembinaan 'Menara Berkembar' yang kelihatan sama konsepnya dengan Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, tetapi dengan sentuhan yang lebih moden. Menara yang keseluruhannya kaca dan mesra alam ini dinamakan sebagai Menara Incheon.
  • Menara ini sedang dibina di bandar pelabuhan Incheon di Songdo International City, berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.
  • Desain menara ini terdiri daripada dua menara berketinggian 601 meter dengan jumlah 151 tingkat dan dihubungkan dengan 3 jambatan udara. Antara lain turut mempunyai ruang pejabat, kediaman, hotel dan juga shopping complex.
  • Apabila siap kelak, ia bakal menjadi menara berkembar tertinggi di dunia, mengatasi Menara Berkembar Petronas yang memegang gelaran itu selama 16 tahun.
  • Memulakan pembinaan pada June 2008, menara ini dijangka siap pada 2015.





No comments:

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme