Sunday, March 13, 2011

Tsunami Japan: Satu Petanda & Peringatan

Fakta

Bermagnitud 8.9 pada skala richter
Berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada Jumaat
Mencetuskan tsunami setinggi 10 meter (30 kaki)
Loji Nuklear Bocor
Gempa susulan termasuk magnitud 7.4 dan 6.8 hari ini.


Amaran tsunami bagi :

kawasan pantai Pasific seluruh Jepun
Rusia,
Pulau Marcus
Marina Utara.
Guam
Taiwan
Filipina
Indonesia
Hawaii, Amerika Syarikat.

Merupakan yang paling kuat dalam tempoh 140 tahun di jepun.






Berikut adalah rentetan peristiwa Tsunami terbesar yang pernah melanda dunia:


*1755: Tsunami memusnahkan Lisbon, Portugal dan mengorbankan kira-kira 60,000 orang.

* 1883: Letupan gunung berapi Krakatoa di Selat Sunda, Indonesia menyebabkan tsunami setinggi 35 meter dan mengorbankan 36,000 nyawa.

* 1946: Gempa bumi berukuran 7.8 berhampiran Alaska, Amerika Syarikat menghasilkan ombak besar setinggi 35 meter dan membunuh 165 orang.

* 1960: Gempa bumi paling besar dalam sejarah ( 9.5 skala Richter) di selatan perairan Chile menghasilkan tsunami di Lautan Pasifik dan membunuh lebih 3,000 orang di Chile dan Hawaii.

* 1976: Tsunami melanda Filipina mengorbankan lebih 5,000 orang.

* 1998: Gempa berukuran 7.0 skala Richter di perairan Papua New Guinea menghasilkan ombak setinggi 10 meter dan membunuh lebih 6,000 nyawa.

* 2004: Gempa bumi besar menyebabkan tsunami dengan ketinggian ombak 35 meter dan mengorbankan lebih 250, 000 nyawa di Asia Selatan, Asia Tenggara dan Afrika. Acheh adalah antara negara paling teruk mengalami kemusnahan yang mengorbankan kira-kira 170,000 nyawa dan 500,000 kehilangan tempat tinggal.

* 2006 – Gempa bumi menyebabkan tsunami di selatan pulau Jawa, Indonesia dengan ombak setinggi 21 meter di Pulau Nusakambangan dan mengorbankan 500 nyawa.

* 2010 – Gempa bumi di Santiago, Chile menyebabkan tsunami. 521 nyawa terkorban.

* 2010 – Letusan Gunung Merapi di Kepulauan Mentawai, meletus menyebabkan tsunami dan mengorbankan 446 nyawa.

* 2011 – Gempa bumi dan tsunami Jepun.

http://www.almuhandisu.com/tsunami-jepun-satu-peringatan/

No comments:

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme