Tuesday, September 3, 2013

Minyak (RON 95 & Diesel) Naik 20sen.



Rakyat Malaysia digemparkan dengan berita terhangat thun ini dgn hadiah pling bermakna sempena kemerdekaan semalam berikutan pengumuman perdana menteri kesayangan Malaysia mengenai kenaikan harga minyak ron 95 dan diesel sebanyak 20sen.Kesannya amat dirasai bukan sekadar minyak kereta, malah barang2 keperluan automatik akan naik kerana penggangkutan menggunakan lori yg mengunakan diesel.

Alasan yg paling popular adalah untuk mengurangkan subsidi yg ditanggung kerajaan dan untuk pembangunan Malaysia. Banyak persoalan yg bermain di minda rakyat yg berfikir..

 Antara Link2  Utusan..

 Jangan Naik Harga Barang - Hasan.
We will see..

Kurangkan Subsidi akan tingkatkan ekonomi - Pakar
Ye..btul..untuk org kaya supaya makin kaya..

Apa gunakan pembangunan jika pembangunan itu dirasai oleh golongan kaya sahaja semntara golongan sdrhana dn miskin hidup susah brtmbah susah  dan tiada perubahan?

BR1M 3 serentak diumumkan bagi meringankan beban rakyat. Jika betul ingin meringankan beban rakyat dgn menaikkan harga minyak yg tak akan turun dan akan bertmbah naik dan memberi BR1M 3 setahun sekali yg bukan semua mendapat faedahnya.Ini bukan jalan penyelesaiannya. Cara menyelesaikan masalah Negara seperti menjawab soalan UPSR.

Dimana janji sebelum PRU yang menafikan naiknya harga minyak? Dimana betulnya slogan Rakyat Didahulukan? Bagi rakyat yang taraf hidupnya sederhana dan miskin, mereka hanya mahukan kesejahteraan dan kehidupan yang simple. Pembangunan skrg dh cukup baginya.

Berbeza dengan golongan yg kaya yg semakin kaya. Ron 97 diturunkan hrganya seblum ni. Menteri2 tidak perlu memikirkan untuk mengisi minyak utk pergi kerja ataupn balik kampong.

Adakah akan naik minyak jika menteri2 di Malaysia ini harus menanggung dgn duitnya sendiri untuk mengisi minyak? Adakah akan di CCRIS kan PTPTN jika anak2 menteri meminjam duit PTPTN?

Org islam lain sibuk dgn isu di Asia Barat,kita dgn masalah ni. Jwapan krjaan, Tukar kerajaan tidak menjamin keamanan. Bukannya memikirkan pertolongan yg harus dilakukan pd saudara islam malah menakut nakutkan rakyat agar tidak menukar kerajaan.

Kenapa kerajaan begitu berani menaikkan harga minyak tnpa takut dibenci rakyat? Jwpannya kerana rakyat Malaysia baik hati dan Bersyukur dgn ape yg ada. BERSYUKURLAH MALAYSIA AMAN.

Luahan dr rakyat biasa.

No comments:

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme